Sabtu, 17 September 2022

KES-KES KORUPSI DAN RASUAH PEMIMPIN-PEMIMPIN PH TERMASUK DALAM 22 BULAN MENDAPAT KUASA

Tetesan Air Mata Ibunda, Kota Tua Maumere, Melangkah tanpa Alas Kaki, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP

Kes pertama: Berhubung dakwaan rasuah pembelian banglo di bawah harga pasaran.

Harga belian banglo berkenaan ialah RM2.8 juta, manakala nilai sebenar pasaran ketika itu ialah RM4.27 juta.

Status: Didakwa di mahkamah, namun digugurkan oleh pihak pendakwaan pada 13 Disember 2018.

Kes kedua: 6 kertas siasatan telah dibuka berhubung salah laku projek terowong dasar laut.

Projek tersebut bernilai RM6.3 bilion. Bekas Setiausaha Politik kepada Guan Eng, Jeffrey Chew direman SPRM telah direman berhubung kes ini.

Status: Pada 4 Mac 2019, SPRM memaklumkan 5 kertas sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya. Namun, 3 daripadanya dikembalikan semula kepada SPRM. Terbaharu, SPRM memaklumkan akan menyerahkan kertas-kertas siasatan tersebut kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Datuk Peter Anthony, Naib Presiden Warisan

Kes: Berdepan dengan 6 pertuduhan rasuah bermula Jun 2020, membabitkan pengubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan dana berjumlah RM8.75 juta.

Status: Dalam perbicaraan mahkamah.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Presiden Warisan

Kes: Kertas siasatan dibuka SPRM berhubung penyelewengan bernilai RM1.5 bilion yang didakwa berlaku ketika beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah pada 2009-2015.

Status: Pada 23 Mei 2018, SPRM menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya.

Namun, pada 20 Jun 2018, Pejabat Peguam Negara tidak membuat pendakwaan.

Azhar Che Mat Dali, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan (Mohamad Sabu, Presiden Amanah)

Kes pertama: Kertas siasatan dibuka SPRM sekitar Ogos 2018 berhubung sogokan bernilai RM800,000 bagi mengeluarkan suspek daripada status muflis.

Status: Dalam siasatan.

Kes kedua: Suspek ditahan reman selama 6 hari bermula 7 Julai 2020 kerana disyaki menerima rasuah berjumlah jutaan ringgit daripada syarikat tertentu sebagai dorongan mendapatkan projek menyelenggara sistem keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan secara rundingan terus sekitar Ogos 2019. Nilai projek adalah RM56 juta.

Status: Dalam siasatan.

Armada Bersatu dan Youth Power Club (YPC)

Kes: Rafiq Hakim Razali, Bendahari Armada merangkap Pengerusi YPC dan Muhd Saufi Yusof, bekas Ketua Armada Sabak Bernam merangkap Bendahari YPC direman SPRM awal Jun 2020 berhubung penyelewengan wang parti dan NGO tersebut.

Wang tunai sebanyak RM600,000 dan sebuah kereta bernilai RM100,000 telah dirampas.

Kes ini adalah berikutan kehilangan tunai RM250,000 dari peti besi milik bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Status: Dalam siasatan.

Ahmad Sabki Yusof, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Datuk Seri Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden Amanah)

Kes: Direman SPRM berhubung suapan jam tangan mewah sebagai dorongan untuk membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek di bawah kelolaan Kementerian Pertanian.

Status: SPRM telah menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan pada 26 Julai 2019.

Mohd Saifullah Hisham, bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (Mohammadin Ketapi, Ahli Majlis Tertinggi Warisan)

Kes: Pada 12 Jun 2020, SPRM memburu suspek berhubungan kes rasuah berkait satu kontrak promosi pengiklanan kelolaan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) bernilai lebih RM90 juta pada 2019.

Status: Dalam siasatan.

Loh Chee Heng, bekas Adun Telok Datok (DAP Selangor)

Kes: Mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM33,380 bagi program Sambutan Hari Guru Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Datok sedangkan ia tidak dilaksanakan.

Status: Dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 2 Mei 2019.

Phee Boon Poh, Exco DAP Negeri Pulau Pinang

Kes: Direman dan disiasat SPRM berhubung salah guna kuasa berkaitan operasi kilang haram memproses habuk kayu di Permatang Pauh.

Akaun bank milik Boon Poh dengan simpanan sebanyak lebih RM2 juta dibeku SPRM.

Post. Atmind

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

KOMITMEN BUPATI TOLIKARA, TIDAK BOLEH ADA NYAWA YANG HILANG SIA SIA KARENA DITOLAK OLEH LAYANAN RUMAH SAKIT

Tetesan Air Mata Ibunda-Kota Tua- Tolikara -Melangka Tanpa Alas Kaki-    Tanah Injil Tolikara - Beberapa waktu lalu, Tanah Papua...