Minggu, 23 Oktober 2022

KISAH HANA

Oleh : “Hana.”
    Hana menoleh dan seulas senyuman terbit di wajahnya. Akhirnya lelaki ini muncul juga setelah seharian tidak dapat dihubungi. 

“Sayang…” Hana segera mendekati teman lelakinya itu walaupun dia sedikit bingung melihat wajah Aariz yang dingin. Tiada senyuman atau sapaan manis seperti selalunya.

 "Siapa lelaki tu?" Aariz menangkap pergelangan tangan Hana dan mencengkamnya kuat.

Hana memandang pergelangan tangannya yang sudah menimbulkan kesan merah di sekelilingnya akibat cengkaman yang kuat itu.

"Lelaki mana?" tanya Hana, berusaha bersikap setenang mungkin. 

"Berapa orang lelaki yang awak jumpa hari ni?"

Berubah wajah Hana dengan kata-kata Aariz itu. Tidak dinafi, sedikit tersinggung. Namun, dia cuba berfikiran rasional. Jika emosi dibalas dengan emosi, tentu akibatnya lebih buruk.

"Mr Tay, Bad, Syahir..."

Aariz berdecak marah. "Saya kenal semua tu. Lelaki yang saya tak kenal."

Dahi Hana berkerut sebelum akhirnya dia dapat menangkap siapa lelaki yang dimaksudkan Aariz. 

"Maksud awak, Hakimi?"

"Oh, itulah Hakimi?"

Hana mengangguk sambil cuba melepaskan tangannya daripada genggaman Aariz. Namun, lelaki itu mengejapkan genggamannya, membuat Hana meringis.

"Sayang... Sakitlah."

"Macam mana dia boleh hantar awak balik office? Kereta awak mana? Awak pergi mana tengah hari tadi? Bukan saya dah hantar lunch?"

"Lepaskan tangan saya dulu."

"Jawab dulu!"

"Saya jumpa client tadi, lepas tu bila balik saya tengok tayar kereta saya pancit. Kebetulan Hakimi pun ada meeting kat situ, jadi dia offer hantar saya balik."

"Client mana?" Aariz memicingkan matanya. 

"Erk... Erm... Client..."

"Sejak bila awak belajar tipu saya, Hana?"

Hana gelagapan. Adakah Aariz tahu dia bertemu Hashim? Atau Aariz menyangka dia berjanji temu dengan Hakimi?

“Cakap betul-betul, awak jumpa siapa tadi?!” Tanpa sedar Aariz menggoncang tangan Hana sehingga tubuh gadis itu bergetar. 

“Aariz, lepaskan tangan saya dulu.”

"Hana!" Nazeem tiba-tiba muncul entah dari mana, menarik tubuh Hana sehingga genggaman Aariz terlepas.

"Awak okey?" tanya Nazeem sambil melihat pergelangan tangan Hana yang kemerahan.

Cepat-cepat Hana menarik tangannya daripada pegangan Nazeem apabila melihat wajah Aariz yang sudah berubah rona.

"Nazeem, awak buat apa kat sini?" 

"Awak yang mesej saya bagitahu Aariz cuba cederakan awak."

"What?" Aariz memandang Hana tidak percaya.

Hana menggeleng. Dia tidak pernah menghantar apa-apa mesej kepada Nazeem. Malah, sudah lama juga dia tidak berhubung dengan bekas teman lelakinya itu.

"Hana, ikut saya. Kita buat repot polis." Lagi-lagi Nazeem meraih tangan Hana dan menariknya pergi dari situ namun Hana menyentak tangannya sehingga pegangan itu terlepas.

"Awak cakap apa ni, Nazeem?"

"Hana, jangan risikokan hidup awak dengan orang gila macam dia. Belum terlambat untuk awak berundur. Saya akan tolong awak." Tangan Hana ditarik lagi.

"Jangan sentuh dia, sial!" 

Satu penumbuk hinggap di muka Nazeem sehingga lelaki itu tersungkur ke lantai. Hana terjerit kerana dia benar-benar tidak 
menyangka Aariz akan bertindak begitu.

Nazeem yang rasa tercabar, bangkit lalu cuba melayangkan penumbuknya ke muka Aariz, namun lelaki itu pantas mengelak dan tumbukan Nazeem tersasar.

“Hana tak layak hidup dengan orang gila macam kau!” tempik Nazeem dan Hana benar-benar terkejut dengan tingkah dua lelaki di depannya. Sisi diri mereka yang tidak pernah dia lihat selama ini.

Perkataan ‘orang gila’ dari mulut Nazeem berhasil menyulut emosi Aariz sehingga satu lagi penumbuk dilayangkan. Kali ini perut Nazeem menjadi sasaran.

"Sayang, stop! Stop!" jerit Hana lalu cuba menarik Aariz menjauhi Nazeem. 

Terlalu dibakar amarah, Aariz tidak mempedulikan jeritan Hana itu. Apatah lagi, melihat Nazeem yang masih belum mahu mengalah. 

“Hana, pergi masuk! Biar saya settlekan lelaki sakit mental ni.”

Lagi-lagi emosi Aariz memuncak. Satu tangannya sudah terangkat, bersedia untuk menghadiahkan tumbukan ke mulut Nazeem yang lancang berbicara, namun pelukan erat dari belakang menghentikan pergerakannya.

“Sayang… Please… Please… Stop…” Hana mengeratkan pelukannya. Samar-samar Aariz mendengar esakan halus teman wanitanya itu. 

“Tolong jangan macam ni… I love you… I love you so much…” Semakin erat dan hangat terasa pelukan itu membuat tubuh Aariz perlahan mengendur. Dia bagai baru tersedar daripada igauan yang panjang. Terkebil-kebil dia memandang Nazeem yang sudah lebam mukanya.

Perlahan tangan Aariz terhulur, menarik Hana supaya berdiri di depannya. Hana enggan, malah pelukannya semakin kemas.

“Sayang…”

Mendengar suara Aariz yang mulai melunak itu, Hana melonggarkan pelukannya. Perlahan Aariz memusingkan tubuhnya, menghadap Hana yang tertunduk sambil menyeka air mata dengan jemarinya.

Jom baca novel eksklusif ini hanya di NovelPlus.

Tajuk : Teman Lelaki Interim
Penulis : Calyta

http://get.novelplus.co/?c=8137t8

Post. Admind

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

KOMITMEN BUPATI TOLIKARA, TIDAK BOLEH ADA NYAWA YANG HILANG SIA SIA KARENA DITOLAK OLEH LAYANAN RUMAH SAKIT

Tetesan Air Mata Ibunda-Kota Tua- Tolikara -Melangka Tanpa Alas Kaki-    Tanah Injil Tolikara - Beberapa waktu lalu, Tanah Papua...